Ahad, 29 Mac 2009

Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

| Ahad, 29 Mac 2009
Bagi yang masih mengalami tekanan darah tinggi, sekali lagi saya bawakan alternatif untuk merawat darah tinggi anda tu. Sebagai makluman tambahan, ini adalah kali keempat saya paparkan petua berkaitan darah tinggi. Sebelum meneruskan pembacaan, anda boleh lihat petua terdahulu yang berkaitan di sini.


lakukan pemeriksaan tekanan darah tinggi



Sekiranya anda dah cuba petua yang lepas tapi belum berhasil atau kurang serasi dengannya, apakata anda cuba amalkan meminum air limau nipis. Seperti biasa, minum 2 kali dalam sehari.


Untuk lebih terperinci, jom kita sama-sama sediakan air limau nipis ni. :)


1. Memula, ambil 1 biji limau nipis dan perahkan jusnya ke dalam gelas.

2. Masukkan juga 1 gelas air sejuk ke dalam gelas yang berisi perahan air limau nipis tadi.

3. Jika mahu, anda boleh campurkan sedikit gula.

4. Kacau semua ramuan tadi hingga sebati dan minum.

5. Amalkan meminumnya sehinggalah tekanan darah tinggi anda menurun dan kembali ke paras normal.

6. Anda boleh meminumnya pada setiap pagi dan petang.


Jika tiada aral, anda akan memperolehi hasilnya.


Selamat Mencuba!


Gambar: teknosains.info

Related Posts

Tiada ulasan:

Catat Ulasan