Sejak kebelakangan ini, ada beberapa rakan saya yang bertanyakan tentang petua untuk mengubati penyakit kencing manis. Justeru itu, saya akan berkongsi salah satu ubat kencing manis dan cara perlaksanaannya sebentar jer lagi. Ubat yang saya maksudkan tu ialah daun pegaga.
Sebenarnya, khasiat daun pegaga ni banyak. Selain mampu merawat kencing manis, ia mampu mengubati "kembarnya" iaitu darah tinggi, mengecutkan peranakan dan menghilangkan bintik hitam di muka. Anda boleh rujuk post terdahulu di sini dan juga sini.
Gambar daun pegaga - Forum Anakku Sayang
Baiklah, ringkasnya ada 2 kaedah perlaksanaan yang boleh anda amalkan melalui pengambilan daun pegaga ni iaitu:
1. Jadikan sebagai ulam-ulaman
Mula-mula, anda ambillah beberapa helai pucuk daun pegaga dan basuh sehingga bersih. Kemudian, makanlah daun pegaga ni semasa menikmati makan tengahari, petang atau malam. Usah bimbang, anda boleh memakannya bersama lauk-puak lain macam biasa.
Ini kerana, pucuk pegaga mampu mengurangkan paras gula dalam air kencing anda.
2. Minum air rebusan akar dan daunnya
Anda sediakan dulu kira-kira 30 helai daun pegaga dan bersihkannya dulu. Kemudian, rebus air kira-kira dalam sukatan 2 cawan air putih bersama-sama dengan pegaga tadi.
Setelah mendidih, biarkan air rebusan tu sejuk secara semulajadi. Lepas itu, minumlah air rebusan tersebut dalam 2 kali sehari. Amalkan setiap hari sampailah anda berpuas hati dengan hasilnya.
Itu saja caranya. Mudah-mudahan petua kesihatan kali memberi alternatif tambahan kepada kebanyakan penghidap kencing manis.
Selamat Mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan