Bila sebut pasal masalah keputihan, sudah tentulah ianya berkaitan dengan wanita. Namun, sebagai suami yang prihatin, anda perlulah juga mengambil tahu mengenainya. Keputihan yang disebabkan oleh keluarnya lendir dari saluran vagina sering menimbulkan kerisauan dan ketakutan di kalangan kaum hawa. Rasa tak selesa atau gatal-gatal pasti wujud.
Bagi mengatasi keputihan ni, ada 2 petua tradisional yang ingin saya kongsi dengan anda. Kaedah pertama, anda perlukan pucuk pegaga sebagai ramuan asas. Manakala yang kedua pula, anda perlukan daun sirih sebagai bahan utamanya.
KAEDAH 1:
1. Ambil secekak pucuk pegaga sekali dengan akarnya dan bersihkannya.
Gambar hiasan - Mang Andri (Flickr)
2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama dengan 2 gelas air bersih.
3. Masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan itu.
4. Setelah mendidih, biarkannya sejuk dahulu.
5. Bila dah sejuk nanti, anda tapis air rebusan tadi.
6. Minum air tersebut 2 kali sehari.
7. Amalkan kaedah ini sehinggalah masalah keputihan atau rasa gatal tu sembuh.
Ataupun anda boleh cuba cara kedua seperti di bawah ini sebagai alternatif.
KAEDAH 2:
1. Ambil 12 helai daun sirih dan bersihkannya.
Gambar hiasan - Id.Wikipedia.Org
2. Kemudian, sediakan kira-kira 1 liter air suam.
3. Ramas kesemua daun sirih tadi bersama-sama dengan air suam.
4. Tapislah air tersebut.
5. Gunakan air tapisan itu untuk mencuci bahagian sulit anda.
6. Sebaik-baiknya bagi anda yang beragama Islam, berselawatlah ke atas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali sebelum mencuci bahagian tersebut.
7. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, cara ini dikatakan dapat merapatkan kembali bahagian sulit wanita.
8. Lakukan cara ini sehingga anda dapat mengatasi keputihan yang dialami.
Selamat Mencuba!
p.s: Petua tradisional di atas hanyalah perkongsian secara tidak rasmi yang saya perolehi daripada individu yang telah berpengalaman dalam masalah ini.
p.p.s: Namun begitu, saya tetap mengesyorkan anda mendapatkan nasihat dan rawatan doktor supaya tidak ada sebarang kesan sampingan di kemudian hari.
p.p.p.s: Jika anda mahukan maklumat lanjut mengenai masalah keputihan ni, saya sertakan satu link dalam bentuk fail pdf yang ditulis oleh pakar sakit puan yang tak asing lagi iaitu Dr. Hamid Arshat. Klik di sini untuk melihatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan