Sabtu, 23 Januari 2010

Petua Kempiskan Perut Selepas Bersalin

| Sabtu, 23 Januari 2010
Selepas melahirkan anak, kaum ibu pasti mahu kembali langsing seperti sebelumnya. Bahagian tubuh yang sering bermasalah tentunya perut, kan? Jika tak dijaga dengan baik perut si ibu akan mengendur, berlipat ataupun buncit.


badan langsing serta perut kempis


Jadi, untuk kempiskan perut ataupun mengelakkan perut buncit selepas bersalin, anda boleh mengikuti petua di bawah;

1. Memula, anda sediakan bahan-bahan yang diperlukan iaitu kapur sirih (kapur makan), sedikit minyak kayu putih dan sedikit perahan limau nipis.

2. Kemudian, gaulkan ketiga-tiga bahan tersebut hingga rata.

3. Seterusnya, sapukan bahan tadi ke seluruh kawasan perut dan pinggang si ibu juga sampai rata.

4. Setelah ia kering, ikat bahagian perut dan pinggang dengan rapi menggunakan kain lampin bayi.

Anda digalakkan mengulangi proses ini pada setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-turut selepas melahirkan anak. InsyaAllah anda akan merasa kesannya kelak.





[***KEMASKINI 11/09/2012***]


Disebabkan ramai yang tak tahan dengan kapur makan, mungkin boleh beralih kepada penggunaan kapur barus pula.

Perut para ibu yang baru bersalin tidak begitu kempis mungkin disebabkan bahagian peranakan tidak kecut sepenuhnya. Justeru, jika puan ingin kempiskan perut, ikutilah langkah berikut;

1. Ambil sedikit kapur barus dan hancurkan ia terlebih dahulu.

2. Campurkan kapur barus yang hancur tadi dengan air perahan limau nipis.

3. Kacau ia hingga sebati dan lumurkan pada bahagian perut dan bahagian belakang badan.

4. Kemudian, puan boleh balutkan dengan bengkung.

Itu saja langkahnya. Mudah-mudahan ia membantu puan yang inginkan perut kembali kempis seperti sediakala. Saya doakan agar puan berjaya.


Selamat Mencuba!

Related Posts

Tiada ulasan:

Catat Ulasan