Melahirkan bayi yang sihat dan sempurna tentunya menjadi idaman setiap pasangan. Terutamanya bagi anda yang bakal bergelar ayah dan ibu. Dalam usaha mendapatkan bayi yang sihat, terdapat beberapa petua semasa mengandung yang boleh diikuti.
Imej hiasan wanita mengandung-kompas.com
Antaranya:
[Untuk Si Ibu]
1. Si ibu haruslah bijak mengawal perasaan diri sendiri.
- Hindari daripada asyik memikirkan sesuatu masalah.
- Terlalu bimbang serta takut terhadap sesuatu perkara.
- Jauhi berprasangka yang tidak baik. Malah pohon dan serahkan semuanya kepada yang Maha Kuasa.
2. Elakkan memakan makanan yang berbisa. Contohnya macam buah nanas, ikan sembilang, ikan pari dan juga tapai.
Gambar tapai
3. Pada setiap waktu pagi, amalkan menyedut udara segar dan bersih.
Ia bertujuan untuk menyihatkan diri serta anak dalam kandungan anda.
4. Pastikan anda tidur dan mendapat rehat yang secukupnya.
Tapi elakkan tidur pada waktu yang kurang baik seperti selepas Subuh, selepas Asar, sewaktu hari hampir senja dan selepas Maghrib.
Di samping itu, elakkan juga daripada terlebih tidur. Ini kerana anak tersebut akan mewarisi sifat malas dan lembab.
5. Banyakkan bergerak.
Anda boleh bergerak ataupun berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah ataupun di ruang yang lapang. Praktikkanlah kira-kira dalam 30 minit hingga 1 jam sehari.
Elakkan juga daripada duduk terlalu lama. Sebaliknya banyakkan berdiri. Kalau penat atau tak larat, duduklah sekejap. Kemudian berdirilah semula yer. Pergerakan ini amat membantu terutamanya ketika anda hampir nak bersalin kelak.
Ia akan memudahkan anda semasa proses melahirkan anak nanti. Bagi anda yang beragama Islam, sudah tentu pergerakan yang terbaik adalah melalui solat. :)
6. Banyakkan minum air putih.
Minumlah sekurang-kurangnya dalam 6 ke 7 gelas sehari. Ia dapat menambah kesegaran dan memudahkan anda melahirkan anak nanti.
Walaupun hanya si isteri yang mengandung, pihak suami juga perlu berikan sokongan. Antara komitmen yang boleh dilakukan oleh si bapa ialah:
[Untuk Si Bapa]
1. Sentiasa menjaga hati dan perasaan isteri yang sedang mengandung khususnya pada permulaan bulan pertama.
2. Sekiranya isteri anda mengandung lebih-lebih lagi anak pertama, berikanlah dia perhatian sepenuhnya. Tunjukkan rasa gembira dan syukur anda di atas pengorbanan isteri.
Ini kerana keprihatinan anda akan menyenangkan hati isteri serta memberi kesan positif terhadap bayi dalam kandungan.
3. Banyakkanlah membantu isteri dalam segala hal. Lebih-lebih lagi perasaan mereka. Cuba elakkan daripada buat mereka sedih, memendam rasa, benci dan runsing.
Namun begitu, anda harus sedar bahawa petua di atas hanyalah sebagai usaha dan ikhtiar. Tidak semestinya ia memberikan hasil yang serupa kepada setiap pasangan. Ini kerana kita hanya merancang tetapi hanya Tuhan yang menentukannya.
Mudah-mudahan anda mendapat bayi yang sihat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan