Barangkali anda banyak membaca mengenai bagaimana untuk menurunkan berat badan, formula mahupun tip kuruskan badan, diet seimbang dan seumpamanya. Tapi sampai sekarang, ianya belum menampakkan hasil. Tentu anda rasa kecewa, bukan?
Anda berjaya menurunkan berat badan? - shape.com
Dimanakah agak silapnya?
Andainya anda masih belum nampak di manakah kesilapan masing-masing, apakata anda ikuti langkah-langkah berikut;
1. Menitikberatkan waktu makan dan kuantiti makanan
Dalam sehari, anda boleh makan sehingga 5 ataupun 6 kali. Paling tidak pun, anda tentu akan makan 3 kali sehari. Iaitu sarapan, makan tengah hari dan malam.
Cuma apa yang penting adalah anda perlu menjaga waktu makan dan kuantiti makanan yang diambil.
Contohnya jika anda selalu bersarapan jam 7.00 pagi, cuba disiplinkan diri untuk bersarap dalam lingkungan waktu tersebut. Ini kerana sarapan penting bagi membekalkan anda tenaga memulakan aktiviti harian.
Contoh hidangan sarapan pagi - thestonesoup.com
Jika sering melewat-lewatkan waktu makan, tahap metabolisme anda akan menurun. Bila menurun, ia akan menyukarkan proses pembakaran lemak dan kalori dalam badan anda. Inilah sebabnya mengapa anda masih tak berjaya untuk kelihatan langsing.
Begitu jugalah dengan kuantiti makanan yang diambil. Pastikan ianya bersesuian dengan diet anda. Jika nak senang, berhentilah makan sebelum kenyang.
2. Diet yang Betul
Anda sepatutnya memilih makanan yang bergizi lengkap. Ambillah makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan lemak. Cuma, pastikan makanan yang diambil tadi rendah lemak atau rendah kalori.
Ingat, amalkan diet yang betul serta seimbang tau. :)
Contoh Menu untuk Diet - diet-blog.com
3. Minum Susu Rendah Lemak dan Berkalsium Tinggi
Sebaik-baiknya, anda minumlah susu rendah lemak dan berkalsium tinggi setiap hari. Ini bagi memenuhi keperluan kalsium dalam tubuh anda.
Saya tahu ramai yang kurang menggemari susu rendah lemak ni, tapi ia sememangnya baik untuk diet anda.
Susu Rendah Lemak - thedailygreen.com
Urmm...nampaknya, saya terpaksa berhenti setakat ini dulu. Tapi jangan lupa yang entri kali ini ada sambungannya. Saya akan cuba siapkannya secepat mungkin untuk anda ya. :)
Jumpa lagi.
Jumpa lagi.
P.S: Nak baca sambungannya tak? Sila ke pautan Sistem Menurunkan Berat Badan Anda? Siri 2 ya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan