Isnin, 2 Ogos 2010

Kenapa Anda Perlu Berdiet?

| Isnin, 2 Ogos 2010
Tentu ramai di kalangan anda yang menyangka diet hanyalah untuk golongan yang ingin menurunkan berat badan saja. Tanggapan ini sebenarnya kurang tepat. Ini kerana diet yang betul bukan sekadar untuk kuruskan badan atau menurunkan berat badan.

Tujuan berdiet sebenarnya lebih luas daripada itu. Diet seimbang penting bagi mengurangkan risiko anda dijangkiti pelbagai jenis penyakit. Antara penyakit yang dimaksudkan adalah barah, jantung, obesiti dan juga diabetes.


Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimanakah cara diet yang betul?


Baiklah, di bawah nanti ada beberapa tips diet yang boleh anda ikuti. Harap ianya boleh dijadikan panduan agar tahap kesihatan anda sentiasa berada paras optimum ya;


1. Memahami Piramid Makanan


Piramid Makanan
Piramid Makanan - infosihat.gov.my


Anda boleh merancang menu seharian yang sihat berdasarkan piramid makanan. Fahami jenis makanan yang perlu diambil pada kuantiti yang banyak, sederhana dan sedikit. Nescaya diet anda akan lebih seimbang selepas ini.

Menurut ahli pemakanan, komposisi makanan yang terbaik untuk anda terdiri daripada 50% bijian (beras, gandum dan kekacang), 30% buah-buahan dan sayur-sayuran serta baki 20% untuk protein (daging dan ikan).

Komposisi makanan yang baik ini penting untuk pencernaan tubuh anda dan seterusnya memenuhi keperluan gizi seimbang.   



2. Pilih Makanan yang Segar


Tahap kesegaran makanan yang anda pilih juga mesti diperhatikan. Sebagai contoh, makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan yang masih segar.

Perhatikan keadaan fizikal dan warnanya. Pilihlah yang tak layu dan warnanya pula masih terang. Jika dah lebam atau pudar warnanya, baik anda lupakannya.



3. Serat


Jangan lupa memasukkan makanan yang mengandungi serat dalam menu anda. Banyakkanlah memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan minum air secukupnya.

Pengambilan serat penting bagi memastikan kelancaran sistem pencernaan anda dan seterusnya ia bekerja dapat bekerja dengan lebih efisien.


Buat masa ni, saya kongsikan 3 cara diet yang betul dahulu. Saya terpaksa berhenti setakat ni dan akan sambung kemudian ya. :)

Related Posts

Tiada ulasan:

Catat Ulasan