Sabtu, 30 Oktober 2010

5 Cara Kawal Berat Badan Ketika Bercuti?

| Sabtu, 30 Oktober 2010
Sewaktu bercuti, seperkara yang mungkin menghantui diri anda ialah kesukaran untuk mengawal kenaikan berat badan. Agak susah nak kawal dan kekalkan berat badan masa ni, kan? Nak naik memanglah senang, tapi kalau nak turunkan biasanya memang sukar. Tup.. tup... lepas cuti, barulah tersedar yang badan ni makin berisi. Aduss...

Masalah sebegini memang selalu terjadi, tak gitu? Jadi, apakata anda cuba praktikkan beberapa garis panduan di bawah untuk mengekalkan berat badan;


1. Makan dengan Perlahan


Seperti yang pernah saya nyatakan, tabiat memakan makanan dengan perlahan akan membuatkan anda lebih cepat terasa kenyang.

Pakar nutrisi mendapati individu yang makan secara perlahan-lahan akan menyerap KURANG kalori berbanding jika makan secara cepat.


2. Pilih Makanan yang Perlu


Anda mesti tentukan apa yang ingin dimakan. Rancanglah mengikut keperluan tubuh. Sila abaikan makanan lain yang tak diperlukan dan elakkan daripada menurut nafsu.


Sebagai contoh, anda isikan separuh pinggan anda dengan sayur-sayuran. Manakala selebihnya barulah anda ambil makanan yang mengandungi protein dan kanji.


Penuhi pinggan dengan sayur - cutting-edge-mediterranean-recipes.com



3. Alas Perut Dulu


Sebelum keluar dari rumah, pastikan anda mengalas perut. Usah biarkan perut anda kosong. Tujuannya supaya gula dalam darah dapat distabilkan.

Kemudian, barulah anda keluar untuk bersiar-siar ataupun menghadiri sesuatu majlis. Jadi, andaikata anda disajikan makanan yang enak, ketika itu anda mampu mengawal nafsu dan lebih bijak dalam memilih hidangan yang perlu dimakan.


4. Memakai Pakaian Ikut Bentuk Tubuh


Apabila memakai pakaian sebegini, tentu anda mudah mengesan perubahan yang berlaku. Secara tak langsung, anda pasti akan berusaha sedaya upaya dalam mengawal pemakanan yang diambil.


5. Bersenam


Mahu atau tidak, anda mesti bersenam untuk mengawal serta mengekalkan berat badan semasa. Ia penting bagi membakar kalori dan membentuk badan.

Aktiviti senaman atau riadah tak semestinya yang berat-berat. Cukup sekadar mengeluarkan peluh seperti berjalan kaki dan senaman ringan lain.

Berjalan Kaki - objectify.com.my


Lakukannya dalam 20 hingga 30 minit setiap hari.


Mudah-mudahan 5 langkah ini mampu memastikan berat badan kekal sihat walaupun sedang bercuti panjang!

Related Posts

Tiada ulasan:

Catat Ulasan