Jumaat, 11 November 2011

Pandan Tikus Ubat Demam Malam

| Jumaat, 11 November 2011
Istilah demam malam agak asing buat sesetengah kita. Ia mungkin juga lebih dibimbangi kerana menjangkiti pesakit pada waktu malam. Namun daripada sumber yang saya perolehi, demam malam mahupun siang tiada bezanya. Kedua-nya berlaku disebabkan oleh tindakbalas tubuh kita terhadap jangkitan bakteria ataupun virus.

Alang-alang dah sentuh pasal demam malam, elok juga saya kongsikan petua tradisional mengubatinya.

Pertamanya, kita perlukan daun pandan tikus. Nama saintifiknya "Mapania Sp". Rupabentuknya lebih kurang macam daun pandan wangi.

Perbezaannya adalah dari segi susunan dedaunnya yang berbentuk segi tiga. Satu lagi, ada duri halus di bahagian tepinya. 

Nak cari kat mana daun nie?? Biasanya kita boleh jumpa di hutan pamah dan lereng bukit.



Daun Pandan Tikus - RimbunDahan.org


1. Bagi tujuan perubatan, kita perlukan hanya daun pandan tikus yang muda dan segar beserta akarnya.

2. Sebelum terlupa, ambil daun tu dalam bilangan ganjil tau.

3. Kemudian, bersihkan daun dan akar pandan tikus tadi terlebih dahulu.

4. Rebuskannya dengan 3 gelas air bersih.

5. Biarkan sehingga air rebusan tadi tinggal kira-kira 1 gelas.

6. Akhir sekali, tapis air rebusan tu dan minumlah perlahan-lahan setelah ia suam.

Amalkan minum air rebusan ini setiap malam sebelum tidur. Teruskan sampailah anda benar-benar  sembuh. 


Opss... sebelum saya terlupa, mungkin ramai di antara kita yang ada rancangan nak masak lauk daging. Maklumlah, mesti dapat banyak daging qurban, kan? 

Kalau nak melembutkan daging, boleh guna akar dan daun pandan tikus ni. Rebuskan saja akar dan daun pandan tikus ni sekali dengan daging tu.

Hahh... selain mengubati demam malam, kita dah tahu satu lagi cara melembutkan daging, kan?


Selamat Mencuba!

Related Posts

Tiada ulasan:

Catat Ulasan