Memiliki perut yang kempis serta langsing memang menjadi idaman setiap lelaki mahupun wanita. Bagi mencapai objektif mengempiskan perut, 4 jenis senaman berikut boleh anda amalkan setiap hari;
A. Knee Circle
1. Baringkan diri anda dan pastikan punggung rata di atas lantai.
2. Letakkan kedua tangan di sisi tubuh sebaris dengan lantai.
3. Secara perlahan-lahan, angkat kedua belah kaki anda sehingga lutut berada di atas perut.
Senaman knee circle 1
Pada posisi ini, cuba anda tahan dalam kiraan 5.
4. Kemudian, gerakkan lutut anda ke arah kanan sehingga ke posisi sekitar 45 darjah.
5. Pastikan keadaan perut dan bahagian atas tubuh anda tetap menghadap ke atas.
Senaman knee circle 2
Pada posisi ini juga, cuba anda tahan dalam kiraan 5.
6. Seterusnya, luruskan semula lutut dan kaki anda ke lantai.
Ulangilah senaman ini sebanyak 10-15 kali dan buat dalam 2 set. Selepas habis 2 set, tukar pula posisi ke sebelah kiri untuk langkah no.4.
Bagi posisi kanan, buat juga dalam 2 set. Di mana setiap satu set mengandungi 10-15 kali ulangan pergerakan.
B. Side Chop
1. Memula, anda berdiri tegak dan buka sedikit kedua-dua belah kaki.
2. Pegang dumbell atau "medicine ball" seberat 2 atau 3 kg.
3. Turunkan badan anda kira-kira separuh bongkok.
4. Kemudian tarik kedua-dua tangan anda menghala ke sebelah kiri bahagian bawah badan.
Senaman side chop 1
Pastikan ketika tangan berada di sisi badan, lutut anda tetap menghala ke arah depan.
5. Kemudian, bawakan tangan anda menghala ke atas sebelah kanan secara perlahan-lahan.
Senaman side chop 2
Ulangi senaman ini sebanyak 2 set di mana 10-15 kali ulangan pergerakan untuk setiap set.
Selepas itu, ulang semula langkah di atas tetapi tukarkan pada arah yang berlainan; iaitu pada langkah no.4 dan no.5 ya.
Baiklah, saya berhenti di sini dahulu. Lagi 2 jenis senaman kempiskan perut lain akan saya kongsikan kemudian yer. :)
Selamat Mencuba!
Sumber imej: health.msn.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan