Dua senaman mengempiskan perut telah pun selamat saya kongsikan di sini. Dua lagi senaman yang seterusnya adalah "back extension" dan "upper body crunch".
Tanpa berlengah, jom kita tengok langkah-langkah untuk membuat kedua-dua senaman tersebut.
C. Back Extension
1. Memula, anda perlu berlutut dengan kedua lutut dan tapak tangan mencecah lantai.
2. Pastikan bahagian kepala hingga punggung anda dalam keadaan lurus.
3. Kemudian, secara perlahan-lahan angkatkan tangan kiri anda ke atas. Pada masa yang sama, angkat juga kaki kanan anda.
Senaman back extension - health.msn.com
4. Semasa berkeadaan seperti di atas, bertahanlah dalam kiraan lima.
5. Setelah itu, kembalilah ke posisi asal perlahan-lahan sambil melepaskan nafas ya.
Lakukan sebanyak dua set di mana setiap set mengandungi 10-15 kali ulangan. Selepas selesai mengangkat tangan kiri dan kaki kanan, tukarlah posisi kepada mengangkat tangan kanan dan kaki kiri.
D. Upper Body Crunch
1. Anda berdiri tegak sambil kaki dibuka lebar sedikit.
2. Letakkan pula kedua-dua tapak tangan di sisi kepala anda dengan tangan ditekankan sedikit.
3. Kemudian, tahan perut dan tarik nafas sedalam-dalamnya dengan perlahan.
4. Seterusnya, bengkokkan bahagian sisi pinggang anda ke kanan sehinggalah terasa seperti ada tarikan.
5. Anda tahanlah dalam kiraan lima ya.
6. Selepas itu, kembalilah ke posisi asal secara perlahan-lahan.
7. Kini, anda ulang semula langkah tahan perut dan tarik nafas; serta gerakkan bahagian sisi pinggang ke sebelah kiri pula hingga ada rasa seperti tarikan. Tahanlah dalam kiraan lima.
8. Semasa bahagian sisi pinggang anda dibengkokkan ke kanan dan kiri, pastikan pinggul anda tetap menghadap ke depan.
Sama seperti senaman back extension, ulangi senaman ini sebanyak dua set di mana setiap set mengandungi 10-15 kali ulangan. Pastikan anda buat sebelah kanan dua set dan sebelah kiri juga dua set. :)
Mudah-mudahan dengan mengamalkan empat senaman berikut bakal merealisasikan impian anda bagi mengempiskan perut buncit dengan selamat.
Selamat Mencuba!
p.s: Anda rasa lemak di bahagian perut ataupun keliling pinggang agak tebal? Ayuh, praktikkan kaedah En. H yang telah berjaya mengurangkan lemak beliau sendiri sebanyak 11.2%.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan